Tag Archives: Takaful

Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?

Perkataan “Hibah” sejak kebelakangan ini menjadi satu catchphrase yang agak popular dikalangan kebanyakkan malah majoriti ejen-ejen takaful. Kenapa hibah ni jadi satu perkara yang hangat? Kenapa kita perlu berhibah ni? Apa bagusnya hibah ni? Siapa je yang perlu buat hibah? Penting ke hibah ni? Apa masa sesuai untuk hibah ni?

Hibah itu bermaksud suatu pemberian atau bahasa yang lebih mudah ialah hadiah. Tapi di dalam islam perlu berberapa syarat yang perlu diikuti sebelum sesuatu pemberian itu menjadi hibah. Yang pertama pemberi hibah mestilah berakal, baligh dan dia adalah pemilik sah barang yang hendak dihibahkan. Penerima hibah pula tidak semestinya adalah seorang islam untuk memiliki barang tersebut dan tiada had nilai barang ditetapkan untuk hibah, tetapi akad perlu di antara pemberi dan penerima.

Akan tetapi yang paling utama ialah hibah ini bersifat mutlak dan tidak boleh ditandingi atau dituntut oleh mana-mana pihak dan juga tidak boleh juga dipertikaikan di mahkamah. Dalam bahasa yang lebih mudah, hibah yang sah tidak boleh dituntut oleh orang lain dan tidak boleh juga di faraidkan kerana hibah ini bukan lagi kepunyaan pemilik asal dan ianya telah bertukar hak milik kepada penerima hibah selepas ianya menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemberi hibah.

Hibah ini bagi saya adalah suatu jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan sebarang pergaduhan dan hak penerima adalah lebih terjamin. Contohnya, apabila seorang ketua keluarga itu meninggal dunia, hak keatas sebarang harta akan hanya jatuh kepada warisnya sahaja di dalam undang-undang faraid. Mereka yang bukan waris tidak boleh menerima sebarang hak keatas harta si mati itu tadi. Sebagai contoh yang bukan waris itu tadi ialah seperti anak angkat, anak buah atau cucu.

Pembahagian Hak Faraid 1 - Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?
credit to akademi alif

Kebanyakkan kita berasa jika kita buat wasiat, masalah seperti diatas tidak akan berlaku. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa kita tidak boleh memberikan seluruh harta kita melalui wasiat. Ianya tetap terhad mengikut syarat-syarat tertentu dan hanya boleh diberikan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. Ianya amat berbeza dengan hibah dimana kita boleh memberikan kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang had.

Salah satu lagi sebab utama hibah ini perlu ialah tempoh penyelesaian untuk pemberian harta pusaka atau harta yang diwasiatkan ini agak lama dan rumit. Ianya belum lagi termasuk dengan jika ada sebarang tuntutan dari waris-waris lain yang tidak berpuas hati dengan bahagian mereka dan kebiasaannya pihak yang teraniaya adalah diantara waris-waris terdekat kita sendiri seperti isteri dan anak-anak.

photo 2 - Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?

Tambahan pula kita perlu tahu bahawa harta pusaka atau wasiat ini memerlukan kos yang banyak. Dari kos guaman sehinggalah kos sekeping duti setem untuk pindah nama. Saya ambil contoh duti setem sebuah rumah yang berharga RM500k adalah lebih kurang RM9000 dan yuran guamannya adalah lebih kurang RM5000 tetapi ianya berbeza dengan harga rumah RM1,000,000, kita tidak boleh terus darab dua dengan harga rumah RM500k. Kiraan kos yuran guaman untuk rumah sejuta ringgit adalah lebih kurang RM9000 dan kos duti setem adalah RM24,000. Jadi kebanyakkan harta tidak dapat diurus dengan adalah kerana kos yang tinggi dan waris tidak bersedia dengan wang tunai yang sedemikian banyak.

URUS PUSAKA 1024x549 1 - Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?

Jadi kelebihan hibah takaful ini adalah bagi bertujuaan untuk membantu kos-kos pengurusan bagi memudahkan kelancaran perpindahan harta-harta yang kita tinggalkan nanti. Selain dari itu, hibah takaful ini juga adalah jalan yang mudah untuk kita mewujudkan harta yang instant dengan harga yang lebih rendah dari nilai hibah takaful yang kita ambil secara tidak langsung boleh juga menjadi sebagai satu pelan pengganti gaji untuk keluarga kita.

Proses Urus Harta Pusaka - Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?
credit to adib yazid

Setiap institusi kekeluargaan itu akan mempunyai pelbagai senario yang memerlukan banyak sudut yang perlu dilindungi dan ianya dapat dilindungi melalui hibah takaful. Perkara yang paling merunsingkan adalah apabila seorang pembawa nafkah utama kepada keluarga meninggal dunia, segala hutang piutang yang ditinggalkan tidak dapat dilangsaikan secara sempurna, seorang anak yang sedang belajar di sekolah rendah, menengah atau universiti mungkin akan terhenti pembelajarannya oleh kerana kesempitan wang. Seorang isteri mungkin terpaksa keluar dari rumah akibat permasalahan faraid dan seorang anak angkat akan terabai akibat mereka tidak dapat sebarang hak ke atas harta keluarga angkatnya itu.

Di bawah adalah sedikit senarai bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan hibah takaful:

  1. Pasangan suami dan isteri yang joint loan bersama
  2. Pasangan yang mempunyai zuriat perempuan sahaja
  3. Keluarga yang mengambil anak angkat
  4. Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata
  5. Mereka yang berpoligami
  6. Pasangan yang masih mempunyai ibu dan ayah
  7. Golongan yang sekian lama membujang
  8. Pasangan yang mempunyai anak yang kurang upaya
  9. Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
  10. Individu yang akan menunaikan ibadah umrah atau haji
  11. Ahli-ahli perniagaan
  12. Anak tunggal yang tidak mempunyai adik beradik
  13. Anak yatim
  14. Saudara baru dalam Islam

Senarai diatas adalah cadangan peribadi saya. Terdapat banyak lagi sebab kenapa kita perlukan hibah. Tetapi yang lebih penting lagi, kita boleh berhibah tanpa mempunyai apa-apa harta didalam simpanan kita. Untuk pengetahuan, anda boleh berhibah dengan pelan takaful anda. Dengan cara ini kita boleh memastikan waris kita akan tetap terbela dan jika kita mempunyai harta yang banyak sudah pasti memerlukan pelan hibah takaful ini. Ini kerana harta yang akan ditinggalkan ini dapat dipastikan kelancaran pengagihannya kepada penerima hibah tanpa proses yang sukar dan dalam tempoh yang lebih singkat. Jadi perjalanan harta anda akan lebih teratur dan dapat di agihkan secepat mungkin.

Jadi jangan berlengah lagi tuan-tuan dan puan-puan. Saya menyeru agar setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu pelan hibah takaful ini. Sebelum kita bertawakal, hendaklah kita berusaha sehabis mungkin supaya tiada waris kita terabai mahupun bergaduh akibat harta ataupun hutang yang ditinggalkan.

Saya sedia memberikan khidmat nasihat untuk tuan-tuan dan puan-puan menyediakan suatu solusi untuk semua melalui pelan hibah takaful ini. Jadi jangan buang masa lagi, adalah lebih baik kita ambil tahu sebelum segalanya terlambat. Hubungi kami melalui telefon atau terus click sahaja link whatsapp dibawah untuk penerangan lanjut:

Amirol Ariff – 012 223 4676

http://www.wasap.my/60122234676/hibah

Zetty Zahrina – 012 273 6836

http://www.wasap.my/60122736836/hibah

Kenapa Pentingnya Medical Card

Medical card penting untuk kehidupan?

Pada hari ini kita sedang dan masih dikejutkan dengan kedatagan wabak yang telah pun meragut nyawa lebih 400 ribu penduduk dunia. Selepas negara China, Italy menunjukkan angka yang besar dalam peningkatan infeksi dan kematian. Sekarang kita sedang berdepan dengan hakikat bahawa Malaysia, sebuah negara yang kita sayangi berdepan dengan wabak yang sangat merbahaya ini. Jumlah kematian setakat hari ini telah mencecah 24 orang manakala yang terinfeksi sudah mencecah lebih 1700 orang.

Kita sudah melihat contoh bagaimana sikap acuh tak acuh dan tidak kisah orang Italy telah menyebabkan negaranya sedang dalam keadaan yang sangat getir sekarang.

Anugerah Plus Infographic - Kenapa Pentingnya Medical Card

Akan tetapi ramai juga di antara kita rakyat Malaysia yang masih mengamalkan sikap ini yang menyebabkan angka infected person dan kematian terus meningkat. Justeru itu tidak hairanlah juga jika kita nanti mengalami nasib yang sama seperti Italy.

Tetapi apa relevannya topik kita hari ini dengan kisah wabak pandemik yang sedang kita hadapi sekarang.

Secara umumnya apa yang kita lihat hari ini kebanyakkannya lahir dari sikap tidak ambil kisah. Walaupun maut sedang memperlihatkan kedatangannya tapi ramai juga yang masih tidak mengambil peduli. Begitulah juga kaitannya dengan hakikat kehidupan kita hari ini yang masih ramai lagi bersikap tidak ambil peduli tentang pentingnya perancangan kewangan terutamanya dalam menghadapi waktu getir dalam sebuah kehidupan.

Dalam kita menjalankan perintah kawalan pergerakan atau erti kata lain kita berkurung di dalam rumah, pernahkah kita terfikir bahawa kita akan mengalami situasi seperti ini? Semua orang tidak akan dapat menjangka bila musibah akan menyapa.

pru value med medical card - Kenapa Pentingnya Medical Card

Menyediakan Medical Coverage atau perlindungan perubatan takaful adalah antara salah satu cara untuk seseorang membuat persiapan dalam menghadapi waktu getir yang sememangnya tidak dapat dijangka.

 Dalam waktu begini, kita melihat ramai yang sedang di dalam kebimbangan dengan serangan covid 19. Saya tak nafikan saya sendiri merasakannya.

Persoalannya sekarang bagaimana pula dengan sakit kritikal yang lain? Adakah dengan datangnya covid 19 akan menghentikan masalah-masalah kesihatan yang lain?

Kanser, kegagalan buah pinggang, strok, demam denggi, kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, banyak lagi jika ingin disenaraikan di sini.

Bagaimana pula dengan mereka yang mengalami kemalangan? Semua perkara seperti ini adalah perkara2 yang tiada siapa tahu, bila dan bagaimana. Tetapi satu yang sepatutnya menjadi kepastian adalah persediaan dalam menghadapi perkara seperti ini.

Sikap tidak ambil peduli atau tidak kisah seperti mana yang kita lihat yang menyebabkan meningkatnya kes Covid-19 di serata dunia hari ini sepatutnya tidak kita ulangi dalam konteks kehidupan kita.

Begitulah juga sikap tidak ambil peduli tentang perancangan kewangan keluarga antaranya tentang hibah dan menyediakan perlindungan perubatan untuk diri kita dan orang yang kita kasihi seharusnya tidak lagi menjadi amalan dalam masyarakat yang lebih intelektual hari ini.

Frontliners kita di hospital-hospital kerajaan sedang bertungkus lumus berjuang dalam menangani pesakit Covid-19. Apa salahnya sekaranglah masanya kita meringankan beban mereka sementara masih berkelayakkan memohon perlindungan perubatan, mengapa kita lengahkan?

Sekurang kurangnya jika menghadapi masalah kesihatan yang lain di masa hadapan, kita tidak perlu hanya bergantung kepada hospital kerajaan yang sudah semestinya sentiasa padat dengan masalaah masaalah yang lebih kritikal. Kenapa perlu hanya bergantung harap sedangkan kita mempunyai pilihan?

Pru BSN impian Infographic - Kenapa Pentingnya Medical Card

Untuk itu saya mencadangkan agar kita menjadi orang yang sentiasa peduli dan ambil kisah terutamanya tentang persediaan diri sendiri dan keluarga tercinta terutamanya dalam meghadapi hari-hari sukar. Menyediakan perlidungan takaful atau medical card adalah salah satu bukti bahawa kita peduli dan sayang pada keluarga kita. Saya percaya sebagai bread winner dalam sesebuah keluarga tiada seorang ayah atau ibu pun yang ingin melihat anak-anak atau pasanganya sakit dan saya percaya jika SAKIT itu tetap menjadi salah satu perancangan tuhan untuk kita atau keluarga kita, tentu kita akan berusaha untuk pulih semula. Tetapi kos untuk pulih jauh lebih mahal dari kos seorang yang sihat. Itulah pentingnya medical card dalam kehidupan kita.

Online Application - Kenapa Pentingnya Medical Card

Jangan berlengah lagi dapatkan lebih informasi dari kami. Enrolment untuk medical coverage kami di Prudential juga sudah boleh dibuat secara online sahaja. Kita tak perlu berjumpa di dalam tempoh ini tetapi kami akan hantarkan penerangan dan menjawab soalan anda melalui phone call/whatsapp atau video call.

Amirol Ariff Nazarudin – 0122234676

Zetty Zahrina – 0122736836

Atau lebih mudah tekan saja link whatsapp dibawah:

http://www.wasap.my/60122234676/medicalcard

http://www.wasap.my/60122736836/medicalcard

#StayAtHome

#JadiOrangYangPeduli

Hibah Takaful – PruBSN Warisan Plus!

warisan plus - Hibah Takaful - PruBSN Warisan Plus!

#PruBSNWarisanPlus mempunyai 9 manfaat utama! Antaranya;

✅ Hibah Bersyarat

✅ Jumlah perlindungan yang tinggi

✅ Perlindungan terhadap penyakit berjangkit

✅ Bantuan perbelanjaan pengebumian

✅ Proses permohonan mudah

.

Langgan #PruBSNWarisanPlus hari ini untuk menikmati 20% ekstra perlindungan selama 2 tahun tanpa sumbangan tambahan. Tertakluk pada terma & syarat.

Info lanjut di: https://www.prubsn.com.my/…/c…/prubsn-warisanplus-xtra-2020/

.

Hubungi Perunding Takaful kami hari ini untuk rundingan PERCUMA.

http://www.wasap.my/60122234676/WarisanPlus

http://www.wasap.my/60122736836/WarisanPlus

PruBSN Aspirasi Savings Plan

aspirasi 2 1 - PruBSN Aspirasi Savings Plan

Tiada siapa mahukan bencana menimpa diri mereka. Namun kita harus bersiap sedia dengan pelbagai kemungkinan dalam kehidupan.

PruBSN Aspirasi menyediakan peluang simpanan dan perlindungan Takaful sekiranya berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) atau kematian.

Antara keistimewaan PruBSN Aspirasi adalah jaminan bayaran pada tempoh matang.

Pada akhir tempoh manfaat, anda akan menerima 100% Jumlah Perlindungan Asas.
Info lanjut di:

https://www.prubsn.com.my/…/our-p…/products/PruBSN-Aspirasi/
Tertakluk pada terma dan syarat.
Hubungi Perunding Takaful kami hari ini untuk rundingan PERCUMA.

012 223 4676 – Amirol Ariff

012 273 6836 – Zetty Zahrina

Atau tekan link dibawah untuk Whatsapp

https://wa.me/60122234676?text=Aspirasi

https://wa.me/60122736836?text=Aspirasi

Prudential gives cover compensation for Covid-19

90078411 2790978321021762 3035501439624413184 o - Prudential gives cover compensation for Covid-19

To all Malaysian’s,

Through this tough time, Prudential Malaysia is compassionate to give all Malaysian an option for a peace of mind. Our company is committed to give our very best to support all Malaysian by extending our coverage for Covid-19 pandemic.

For all of our existing policy holders and new customers who intend to purchase a coverage plan with us, we will give a lump sum compensation of RM5,000 upon the diagnosis of this treacherous plague. Plus, we will expand our coverage immediately for any medical and hospitalization for Covid-19 treatment.

Also through the advancement of our Pulse mobile app, healthcare assessment will be more quicker and accessible through the consultation of our panel of online doctors via Doctor on Call and all of this in the comfort of your own home.

Don’t forget that our new more affordable medical card series are now as low as RM100 per month*

ACT NOW! avoid future financial burden and get yourself COVERED!

Enquire within, contact us now!

012 223 4676 – Amirol Ariff

https://wa.me/60122234676?text=PrudentialCOVID-19

012 273 6836 – Zetty Zahrina

https://wa.me/60122736836?text=PrudentialCOVID-19

*subject to gender, age, smoking status and profession

PruBSN Impian Plan Perlindungan Takaful terbaik untuk anak anda seawal dari usia kandungan

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai hadiah dari tuhan. Jadi sebagai seorang ibu/bapa, menyediakan yang terbaik untuk anak anda adalah menjadi suatu keutamaan paling utama di dalam hidup.

Sudah pasti anda akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anak anda sihat dan ceria. Memenuhi impian dan aspirasi anak anda serta memastikan mereka memiliki asas yang teguh untuk menempuhi kehidupan dengan PruBSN Impian, satu pakej perlindungan yang disertakan dengan rider pranatal, penyakit kritikal, perubatan, kemalangan dan contributor.

PruBSN Impian merupakan penyelesaian perlindungan takaful dan simpanan yang komprehensif demi memenuhi keperluan perlindungan dan masa depan anak anda.

Oleh itu, anda sebagai ibu/bapa akan senantiasa menjadi pelindung, penyokong dan juga mengispirasi anak anda untuk bercita-cita tinggi.

Melalui pakej ini, anda dapat menyokong impian anak anda apabila mereka mencapai umur 19 tahun dengan wang yang anda peruntukkan untuk pelaburan. Ibu/bapa juga berpeluang melalui plan takaful ini untuk melindungi anak anda seawal usia 14 minggu kehamilan dan melindungi diri anda sebagai ibu apabila berlaku komplikasi kehamilan. Pakej ini juga adalah suatu pakej yang komprehensif dan berpatutan yang memberikan anda ketenangan fikiran untuk memenuhi keperluan anak anda.

Jangan tunggu lagi, niat yang baik hendaklah di laksanakan dengan segera mugkin.

Penerangan lanjut mengenai pakej komprehensif ini boleh didapati melalui whatsapp/telegram melalui nombor telefon yang tertera dibawah:

Amirol Ariff – 012 223 4676 (amirolariff@gmail.com)

Zetty Zahrina – 012 273 6836 (zetty.zahar@gmail.com)

bm prubsn impian webinfographic 1140x421 fa 01 - PruBSN Impian Plan Perlindungan Takaful terbaik untuk anak anda seawal dari usia kandungan

PruBsn Impian Pelan Perlindungan takaful terbaik untuk anak seawal 14 minggu kandungan

How much money should leave for your family? PruBSN Protect Plus

prubsn protect prudential bsn takaful - How much money should leave for your family? PruBSN Protect Plus

There are so many ways and formula to calculate on how much Sum Assured do you need for your life insurance. Asset value, liability value and etc.

But end of the day how much budget do you have to pay the premium.

The premium must be affordable and the plan must be adequate. Not too little

I created a simple empirical method for Sum Assured. * this applicable to person with income less than RM200K annually.

The step as below

1. RM50K

2. RM100K

4. RM300K

5. RM500K

As your agent to do quotation of how much for each Sum Assured and you select which one is suitable for your budget.

But remember! You must upgrade your plan accordingly till you reach Rm500K Sum Assured. Reach RM500K, then you will have peace of mind knowing that you have RM500K emergency fund for your family.

I recommend PruBSN Protect Plus. Why? Because PruBSN Protect Plus is an auto upgrade plan for every 3 years with level premium. No extra cost even though your Sum Assured increased. The plan coverage is up to 80 years old.

prubsn protect plus projection - How much money should leave for your family? PruBSN Protect Plus

Im going to be 26 years old next year. I sign up PruBSN Protect Plus with RM100K Sum Assured. Premium is RM RM3000 per year.

First colum is year, second colum is age, third column is premium and last column is Sum Assured with Auto Upgrade of 5% every 3 years.

prubsn protect plus projection sum assured - How much money should leave for your family? PruBSN Protect Plus

But my target is to have RM500K Sum Assured before age 30. I will do self upgrade 2 years later for RM300K and age 30 upgrade for RM400K. I have another RM100K life insurance under investment link plan. So total RM500K.

Protection or Investment? Life Insurance

choose - Protection or Investment? Life Insurance

My tips are simple, please refer to below

Young and Single – Investment more, protection less

Why?

Young age as you start working, salary is not much. Budget on insurance is the minimum like RM150 or RM200.  Basic protection are Crisis Shied , Accidental Death & Disablement benefits and Medical Card. Getting insurances with basic protection and higher investment are not a problem. But Higher investment will reduce your Sum Assured.

Important!, protection coverage must be increased later as you grow older and have bigger salary.


Married – Protection more, investment less

Why?

Your Sum Assured must be sufficient to compensate your spouse if death happen. Critical Illness must be covered for you and together with your spouse.  Crisis Cover Income must included in your plan, income needed to support your family as you unable to work now. Women should take Takaful Puteri Plus for protection of all women related problem. Amount contributed to the investment is just like saving for future use.

Rich –  Protection and Investment High

Why?

As money is not a problem, you are able to take all the riders in the Protection Plan. Same goes to investment.

Old – Not valid

Why?

You should take insurance when you are young and healthy. Getting older plus diagnosed with many disease, it is too late to apply for an insurance. No insurance will accept you.

Beli Insurans / Takaful Prudential

life insurance - Beli Insurans / Takaful Prudential

Betul memang banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab muda lagi takde penyakit.

Anda kena tahu, ambil insurans waktu muda lagi bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita ada penyakit tua nanti.

Contohnya, batu karang:

Sekarang umur 24 tahun , sudah amik insurans. Umur 30 kena batu karang and nak operation RM10k. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
So insurans akan cover.

Tapi jika umur 30 tu dah tahu ada penyakit batu karang tapi baru terhengeh hengeh nak amik insurans.. Pre-exisiting disease before taking insurance. not covered..

So muda la bagus.

Anda ingin tahu lebih pasal insurans. email kami di amirolariff@gmail.com atau zetty.zahar@gmail.com

Insurans tak mahal RM100 sebulan sahaja.

Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri

Ok. Simpan sendiri pun boleh.

RM100 x 12 = RM1200

Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600

Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?

so itu la bagusnya insurans

So fikir-fikirkan la

email kami di amirolariff@gmail.com atau zetty.zahar@gmail.com

kami akan telefon anda. anda tidak perlu membazir duit menelefon kami.

Apa lagi faktor untuk memilih insurans..

pilih la ejen yang dekat dengan anda. ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bile anda susah nanti.

jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.

bila anda terlantar , anak bini tak tahu macam mana nak claim.. so kami sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.

kami bekerja ada 2 motif

1. menjana pendapatan
2. menolong orang dalam kesusahan.

sekian

Amirol Ariff dan Zetty Zahrina

amirolariff@gmail.com/zetty.zahar@gmail.com