Tag Archives: pengurusan harta

Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?

Perkataan “Hibah” sejak kebelakangan ini menjadi satu catchphrase yang agak popular dikalangan kebanyakkan malah majoriti ejen-ejen takaful. Kenapa hibah ni jadi satu perkara yang hangat? Kenapa kita perlu berhibah ni? Apa bagusnya hibah ni? Siapa je yang perlu buat hibah? Penting ke hibah ni? Apa masa sesuai untuk hibah ni?

Hibah itu bermaksud suatu pemberian atau bahasa yang lebih mudah ialah hadiah. Tapi di dalam islam perlu berberapa syarat yang perlu diikuti sebelum sesuatu pemberian itu menjadi hibah. Yang pertama pemberi hibah mestilah berakal, baligh dan dia adalah pemilik sah barang yang hendak dihibahkan. Penerima hibah pula tidak semestinya adalah seorang islam untuk memiliki barang tersebut dan tiada had nilai barang ditetapkan untuk hibah, tetapi akad perlu di antara pemberi dan penerima.

Akan tetapi yang paling utama ialah hibah ini bersifat mutlak dan tidak boleh ditandingi atau dituntut oleh mana-mana pihak dan juga tidak boleh juga dipertikaikan di mahkamah. Dalam bahasa yang lebih mudah, hibah yang sah tidak boleh dituntut oleh orang lain dan tidak boleh juga di faraidkan kerana hibah ini bukan lagi kepunyaan pemilik asal dan ianya telah bertukar hak milik kepada penerima hibah selepas ianya menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemberi hibah.

Hibah ini bagi saya adalah suatu jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan sebarang pergaduhan dan hak penerima adalah lebih terjamin. Contohnya, apabila seorang ketua keluarga itu meninggal dunia, hak keatas sebarang harta akan hanya jatuh kepada warisnya sahaja di dalam undang-undang faraid. Mereka yang bukan waris tidak boleh menerima sebarang hak keatas harta si mati itu tadi. Sebagai contoh yang bukan waris itu tadi ialah seperti anak angkat, anak buah atau cucu.

Pembahagian Hak Faraid 1 - Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?
credit to akademi alif

Kebanyakkan kita berasa jika kita buat wasiat, masalah seperti diatas tidak akan berlaku. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa kita tidak boleh memberikan seluruh harta kita melalui wasiat. Ianya tetap terhad mengikut syarat-syarat tertentu dan hanya boleh diberikan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. Ianya amat berbeza dengan hibah dimana kita boleh memberikan kepada sesiapa sahaja tanpa sebarang had.

Salah satu lagi sebab utama hibah ini perlu ialah tempoh penyelesaian untuk pemberian harta pusaka atau harta yang diwasiatkan ini agak lama dan rumit. Ianya belum lagi termasuk dengan jika ada sebarang tuntutan dari waris-waris lain yang tidak berpuas hati dengan bahagian mereka dan kebiasaannya pihak yang teraniaya adalah diantara waris-waris terdekat kita sendiri seperti isteri dan anak-anak.

photo 2 - Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?

Tambahan pula kita perlu tahu bahawa harta pusaka atau wasiat ini memerlukan kos yang banyak. Dari kos guaman sehinggalah kos sekeping duti setem untuk pindah nama. Saya ambil contoh duti setem sebuah rumah yang berharga RM500k adalah lebih kurang RM9000 dan yuran guamannya adalah lebih kurang RM5000 tetapi ianya berbeza dengan harga rumah RM1,000,000, kita tidak boleh terus darab dua dengan harga rumah RM500k. Kiraan kos yuran guaman untuk rumah sejuta ringgit adalah lebih kurang RM9000 dan kos duti setem adalah RM24,000. Jadi kebanyakkan harta tidak dapat diurus dengan adalah kerana kos yang tinggi dan waris tidak bersedia dengan wang tunai yang sedemikian banyak.

URUS PUSAKA 1024x549 1 - Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?

Jadi kelebihan hibah takaful ini adalah bagi bertujuaan untuk membantu kos-kos pengurusan bagi memudahkan kelancaran perpindahan harta-harta yang kita tinggalkan nanti. Selain dari itu, hibah takaful ini juga adalah jalan yang mudah untuk kita mewujudkan harta yang instant dengan harga yang lebih rendah dari nilai hibah takaful yang kita ambil secara tidak langsung boleh juga menjadi sebagai satu pelan pengganti gaji untuk keluarga kita.

Proses Urus Harta Pusaka - Kenapa Pentingnya Hibah Takaful?
credit to adib yazid

Setiap institusi kekeluargaan itu akan mempunyai pelbagai senario yang memerlukan banyak sudut yang perlu dilindungi dan ianya dapat dilindungi melalui hibah takaful. Perkara yang paling merunsingkan adalah apabila seorang pembawa nafkah utama kepada keluarga meninggal dunia, segala hutang piutang yang ditinggalkan tidak dapat dilangsaikan secara sempurna, seorang anak yang sedang belajar di sekolah rendah, menengah atau universiti mungkin akan terhenti pembelajarannya oleh kerana kesempitan wang. Seorang isteri mungkin terpaksa keluar dari rumah akibat permasalahan faraid dan seorang anak angkat akan terabai akibat mereka tidak dapat sebarang hak ke atas harta keluarga angkatnya itu.

Di bawah adalah sedikit senarai bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan hibah takaful:

  1. Pasangan suami dan isteri yang joint loan bersama
  2. Pasangan yang mempunyai zuriat perempuan sahaja
  3. Keluarga yang mengambil anak angkat
  4. Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata
  5. Mereka yang berpoligami
  6. Pasangan yang masih mempunyai ibu dan ayah
  7. Golongan yang sekian lama membujang
  8. Pasangan yang mempunyai anak yang kurang upaya
  9. Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
  10. Individu yang akan menunaikan ibadah umrah atau haji
  11. Ahli-ahli perniagaan
  12. Anak tunggal yang tidak mempunyai adik beradik
  13. Anak yatim
  14. Saudara baru dalam Islam

Senarai diatas adalah cadangan peribadi saya. Terdapat banyak lagi sebab kenapa kita perlukan hibah. Tetapi yang lebih penting lagi, kita boleh berhibah tanpa mempunyai apa-apa harta didalam simpanan kita. Untuk pengetahuan, anda boleh berhibah dengan pelan takaful anda. Dengan cara ini kita boleh memastikan waris kita akan tetap terbela dan jika kita mempunyai harta yang banyak sudah pasti memerlukan pelan hibah takaful ini. Ini kerana harta yang akan ditinggalkan ini dapat dipastikan kelancaran pengagihannya kepada penerima hibah tanpa proses yang sukar dan dalam tempoh yang lebih singkat. Jadi perjalanan harta anda akan lebih teratur dan dapat di agihkan secepat mungkin.

Jadi jangan berlengah lagi tuan-tuan dan puan-puan. Saya menyeru agar setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya satu pelan hibah takaful ini. Sebelum kita bertawakal, hendaklah kita berusaha sehabis mungkin supaya tiada waris kita terabai mahupun bergaduh akibat harta ataupun hutang yang ditinggalkan.

Saya sedia memberikan khidmat nasihat untuk tuan-tuan dan puan-puan menyediakan suatu solusi untuk semua melalui pelan hibah takaful ini. Jadi jangan buang masa lagi, adalah lebih baik kita ambil tahu sebelum segalanya terlambat. Hubungi kami melalui telefon atau terus click sahaja link whatsapp dibawah untuk penerangan lanjut:

Amirol Ariff – 012 223 4676

http://www.wasap.my/60122234676/hibah

Zetty Zahrina – 012 273 6836

http://www.wasap.my/60122736836/hibah