Tag Archives: h1n1 malaysia death rate

Situasi semasa Influenza A(H1N1) 4 September 2009. H1N1 Malaysia

h1n1 malaysia 2009 - Situasi semasa Influenza A(H1N1) 4 September 2009. H1N1 Malaysia

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 73

Dimaklumkan pada hari ini sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 103 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,176 pesakit ILI sedang dirawat di 108 buah hospital termasuk 12 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 236 pesakit (20.1%) yang telah disahkan positif H1N1.

Daripada 236 kes yang disahkan H1N1, 49 kes berada di ICU di mana 10 kes merupakan kemasukan baru, sementara 2 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 49 kes yang sedang dirawat di ICU, 33 (67.3%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit respiratori (asma, COPD) (6); penyakit kronik seperti penyakit jantung (1), Diabetes Mellitus (4), penyakit buah pinggang (2), penyakit immunosuppressive (1); hamil (1); obesiti (9) dan kanak-kanak/bayi (9).

Source